Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

321) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI SEPANJANG JALAN KEPONG – KUALA SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan oleh Kerajaan Negeri dalam membanteras pembuangan sampah haram, terutama yang dijalankan di atas tanah persendirian tetapi mendatangkan mudarat kepada orang awam seperti yang berlaku di sepanjang tepian Jalan Kepong - Kuala Selangor?

    Kawasan aduan asalnya adalah sebuah petempatan tanpa kebenaran dalam kawasan lembah di tebing Sungai Buloh. Mula diterokai sejak lebih 30 tahun lalu. Aktiviti utama penduduk di sini adalah aktiviti pertanian. Keadaan fizikalnya lebih rendah daripada paras jalanraya yang terletak di sebelah barat manakala di sebelah timurnya terletaknya jajaran Sungai Buloh. Kedudukannya yang rendah daripada jalan dan terletak di tepi sungai menjadikan kawasan ini kerap dilanda banjir kilat apabila berlaku hujan lebat. Pada musim tengkujuh pula, kawasan ini sentiasa ditenggelami air akibat limpahan air dari Sungai Buloh.

     

    Penduduk di kawasan ini mula memiliki tanah di kawasan ini sekitar tahun 2008 melalui proses pelupusan tanah kerajaan secara pemberian hak milik. Bermula dari situ, banyak penduduk mula menambak tanah untuk membina bangunan dan petempatan baharu. Mereka menambak tanah dengan menggunakan bahan-bahan buangan binaan dan sisa kebun seperti bongkah batu, dinding dan tembok bangunan yang pecah, kayu, besi dan dahan-dahan pokok.

     

    Di peringkat MPKS, tindakan awalan dilakukan bermula pada tahun 2008. Walau bagaimanapun tindakan yang dilakukan hanya bergantung kepada aduan kerana kekangan tugas dan masa pembuangan yang tidak menentu.

     

    Kawasan tersebut mendapat perhatian semula pada bulan Mac 2016 yang mana pihak Majlis telah menerima aduan yang mengatakan kawasan tersebut telah terbakar dan telah menyebabkan jerebu yang agak teruk sehingga menggangu perjalanan penggunan jalanraya di kawasan tersebut

    Pelan ukuran halus bagi setiap sempadan hak milik tanah masih belum ditentukan secara muktamad.

     

    Berikut adalah tindakan yang telah diambil:

    • Mesyuarat Task Force Sampah Haram diadakan setiap tahun diadakan bagi mendapatkan maklumat serta mengemaskini tindakan yang telah diambil oleh setiap jabatan atau agensi yang terlibat.

     

    • Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah mengeluarkan 34 Borang 7A menghendaki pemilik tanah membuat remidi tanah kepada keadaan asal dan dalam tindakan untuk mengeluarkan Borang 7B (tunjuk sebab tidak lucuthak) kerana tindakan remidi yang tidak memuaskan oleh pemilik tanah. Borang 7A dikeluarkan pada Disember 2021.

     

    • Sebelum pengeluaran Borang 7B dibuat, siasatan semula akan dijalankan dan sasaran penyelesaian pada hujung bulan Mac 2023. Maklumat pemilik tanah yang telah dikeluarkan Borang 7A akan dikongsikan kepada pihak Majlis untuk tindakan lanjut.

Lampiran

Tiada Lampiran.