Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
319) PADI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri berperanan membantu petani berkaitan harga padi yang turun?
Untuk makluman, harga siling telah ditetapkan oleh pihak kerajaan persekutuan iaitu RM 1,300 per tan yang merupakan di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian ada menyediakan insentif berjumlah RM 2 juta berhubung peningkatan hasil padi dan insentif terus dari Kerajaan Negeri berjumlah RM 8.87 juta kepada petani.
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah keluasan tanah pertanian untuk penanaman padi?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tiada perancangan di dalam penambahan kawasan padi. Walau bagaimanapun, Jabatan Pertanian dan IADA Barat Laut Selangor sentiasa mengambil inisiatif dalam merancang peningkatan hasil padi Negeri Selangor. Jabatan Pertanian juga sedang merancang untuk melaksanakan kempen kembali menanam padi bagi kawasan yang telah bertukar tanaman.
-
Bagaimana Kerajaan Negeri mengurus tanah-tanah pertanian (sawah) yang di tanam selain tanaman padi dan dijadikan homestay?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian tiada pelaksanaan khusus dalam pengurusan tanah sawah kepada aktiviti selain padi namun disyorkan supaya pembinaan inap desa (homestay) ini dibangunkan di pinggiran jelapang padi tanpa menjejaskan aktiviti penanaman padi kerana Jabatan Pertanian dan IADA Barat Laut Selangor melihat penggunaan tanah sawah padi bagi aktiviti lain seperti homestay ini dapat meningkatkan pendapatan petani melalui program agrotourism dan sebagainya.