Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
317) KAJI SEMULA PROGRAM SMUE
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program SMUE akan dikaji semula untuk melibatkan sekali bantuan perubatan?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan perubatan kepada semua peringkat umur melalui program seperti Iltizam Selangor Sihat, Bantuan Sihat Selangor, Skim Rawatan Jantung dan lain-lain. Justeru, Kerajaan Negeri akan menyelaras program-program warga emas di dalam Kerangka Tindakan Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor.
-
Apakah program SMUE akan dikaji semula untuk menambah baikkan bantuan kepada warga emas?
Kerajaan Negeri sedang dalam usaha menambahbaik proses permohonan dan pemberian baucer program Skim Mesra Usia Emas menerusi pendigitalan sistem yang dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2024.