Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

316) MASJID AL-HUDA, PAYA JARAS, SUNGAI BULOH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menaik taraf Masjid Al-Huda, Paya Jaras?

    Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menaik taraf Masjid Al-Huda, Paya Jaras buat masa ini.

  2. Adakah pihak Kerajaan Negeri membuat Road Safety Audit (RSA) di jalan tersebut?

    JAIS

    Road Safety Audit (RSA) Fasa 3 telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada bulan Jun 2021.

    MBSA

    Untuk makluman pihak Majlis tidak membuat Road Safety Audit (RSA) di Jalan Kuala Selangor kerana jalan tersebut di bawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya.

  3. Bilakah persimpangan dan lampu isyarat untuk laluan masuk ke masjid tersebut dapat dilaksanakan?

    JAIS

    Persimpangan dan lampu isyarat untuk laluan masuk ke masjid tersebut dijangka akan dibuat pada bulan September 2025. Status tindakan terkini, JKR sedang menguruskan proses pengambilan balik tanah di kawasan tersebut kerana terdapat struktur haram di dalam tanah kerajaan.

    MBSA

    Pembinaan lampu isyarat tersebut adalah di bawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya kerana Jalan Kuala Selangor di bawah agensi yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.