Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

310) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa tapak pembuangan sampah haram yang didapati sekitar kawasan DUN Seri Kembangan sejak tahun 2020? Sila nyatakan lokasi, keluasan tanah dan tarikh sita (jika berkaitan).

    Tapak pembuangan sampah haram di sekitar DUN Seri Kembangan seperti berikut :-

  2. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap operator dan pemilik tanah tapak-tapak ini?

    Tindakan yang telah diambil terhadap operator dan pemilik tanah ini seperti berikut :-

    Bagi kes penularan pencemaran air dan bau serta tambakan sampah haram di kawasan Bukit Serdang 5, Seri Kembangan, Majlis Bandaraya Subang Jaya telah mengambil tindakan pendakwaan terhadap 6 individu di atas 5 pertuduhan di bawah Seksyen 82(5) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Seksyen 70A(9) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

     

    Dalam perkara ini, 2 orang pemilik tanah telah mengaku bersalah pada 24 Oktober 2023 dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 4,000.00 setiap seorang. Manakala, kes-kes lain dalam peringkat sebutan di Mahkamah.

     

    Selanjutnya, Majlis juga telah memfailkan tindakan sivil injunksi di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap pemilik-pemilik tanah dan pengusaha yang terlibat dengan pencemaran tersebut dan kes masih dalam peringkat sebutan di Mahkamah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.