Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
306) TAPAK SAMPAH HARAM DI KAMPUNG SUNGAI SERDANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah isu tapak pelupusan sampah haram wujud sekian lama tanpa tindakan berkesan di Kampung Sungai Serdang?
Kewujudan tapak sampah haram ini disebabkan oleh :
- Penambakan tanah dibuat oleh pemilik tanah bagi membangunkan kawasan tersebut tanpa mendapat kelulusan atau permit daripada pihak Majlis;
- Kawasan Sungai Serdang ini merupakan kawasan kampung dan pendalaman dan menyebabkan segelintir orang awam mengambil kesempatan untuk membuang sampah di kawasan yang terpencil;
- Kewujudan banyak kilang-kilang haram yang beroperasi dan pembuangan sisa yang tidak dilupuskan dengan cara yang betul;
- Pemilik tanah ambil mudah dan tidak bertanggungjawab terhadap pencerobohan tanah yang dimilikinya.
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan sampah haram yang telah menggunung dibersihkan?
Pembuangan sampah yang dilakukan di kawasan-kawasan yang melibatkan tanah persendirian atau mana-mana syarikat atau agensi sebenarnya adalah di bawah tanggungjawab pemilik tanah tersebut. Segala kos pembersihan perlulah ditanggung sendiri oleh pemilik tersebut. Begitu juga tanah-tanah kerajaan yang dipegang oleh agensi-agensi tertentu. Agensi tertentu mempunyai kuasa ke atas tanah yang telah diserahkan kepada mereka.
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dari Mei 2023 hingga sekarang?
Beberapa tindakan diambil oleh pihak Majlis ke atas lokasi pembuangan sampah haram Kampung Sungai Sedang ini antaranya :