Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

304) MELONGGARKAN SYARAT-SYARAT PENUBUHAN TASKA DAN PUSAT PENJAGAAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Syarat-syarat yang susah dicapai (contoh: rumah penjuru) bagi taska dan pusat penjagaan menjadikan banyak premis tidak didaftar dengan JKM dan Majlis. Adakah Selangor bersedia melonggarkan syarat-syarat tertentu tanpa menjejaskan keselamatan supaya lebih mesra pengusaha kecil?

    Kerajaan Negeri melalui UPEN bersama YAWAS, JKM, dan PBT sedang memperhalusi perkara ini untuk diselaraskan antara semua PBT. Untuk makluman, prosedur pendaftaran taska di rumah tertakluk dibawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984. Semua taska yang berdaftar di bawah Akta 308 hendaklah mematuhi syarat yang ditetapkan di dalam Akta ini dan setiap taska adalah tertakluk kepada undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing. Semua permohonan taska di rumah perlu mendapatkan sokongan daripada tiga (3) agensi teknikal sebelum permohonan pendaftaran diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri. Agensi-agensi teknikal tersebut adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri.

     

    Antara contoh proses yang telah dilaksanakan oleh PBT di Negeri Selangor untuk memudahkan proses permohonan adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.