Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

298) NODE HIGHWAY

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perkembangan kini berkenaan pembinaan NODE Highway.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lebuhraya Kuala Lumpur-Northern Dispersal Expressway (KL-NODE) merupakan cadangan daripada pihak swasta yang kini masih di peringkat perancangan. Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-1/2021 yang diadakan pada 13 Januari 2021 yang telah disahkan oleh MMKN Ke-2/2021 pada 20 Januari 2021 telah menimbang dan meluluskan secara dasar Cadangan Penswastaan Lebuhraya KL-NODE. Kelulusan prinsip telah diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan pada 17 September 2021.

     

    Cadangan lebuhraya ini telah melalui Bengkel Pengurusan Nilai (Value Management) bersama jabatan dan agensi-agensi teknikal daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Kini, pihak syarikat pencadang sedang menyediakan Laporan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Kajian Penilaian Impak Trafik (TIA), Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) dan juga Kajian Penilaian Impak Warisan (HIA) untuk dikemukakan kepada jabatan dan agensi yang berkaitan bagi mendapatkan kelulusan. Pelaksanaan lebuhraya KL-NODE akan bermula setelah perjanjian konsesi ditandatangani dan pihak syarikat pencadang memenuhi syarat duluan sebagaimana yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi.

     

    Mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) Peringkat Negeri Selangor Bil. 38/2023 pada 13 September 2023 telah membuat pertimbangan terhadap Laporan SIA bagi Projek Lebuhraya KL-NODE dan keputusan mesyuarat adalah bersetuju untuk diluluskan dengan pindaan dan hendaklah dibentangkan semula kepada Jawatankuasa SIA Negeri Selangor iaitu PLANMalaysia@Selangor untuk semakan dan pembentangan semula.

Lampiran

Tiada Lampiran.