Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
294) PEMBANGUNAN KOMPLEKS SUKAN SHAH ALAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah anggaran kos keseluruhan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam dan apakah komponen pembangunan? Dimanakah tanah-tanah yang terlibat dengan pertukaran tanah (land swapping) bagi membiayai kos projek KSSA?
Komponen utama di dalam cadangan pembangunan KSSA adalah seperti berikut:
- Stadium utama
- Teater tertutup
- Ruang rekreasi terbuka yang luas dan hijau
- Ruang komersial
- Terminal bas bersepadu
- Hotel
- Hab Sukan
- Hab Belia
Pembiayaan kos pembangunan KSSA akan dimuktamadkan. Justeru itu mekanisma timbalbalik melalui kaedah-kaedah yang sesuai akan diperincikan dengan teliti. Pertimbangan mekanisma timbalbalik ini akan mengambil kira nilai yang setara (“equal & fair value”) supaya kemudahan yang disediakan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.