Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

286) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan Jualan Ehsan untuk setahun?

    Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah disalurkan untuk sumbangan program Jelajah Ehsan setahun perlaksanaannya bermula September tahun adalah sebanyak RM40 juta iaitu RM23 juta untuk subsidi barang dan RM17 juta pula bagi kos logistik, tenaga kerja dan promosi

  2. Adakah peruntukan ini akan ditingkatkan pada tahun akan datang bagi mengadakan Jualan Ehsan secara kerap?

    Buat masa ini, Jualan Ehsan menerima peruntukan khas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Selangor. Sebarang penambahan peruntukan akan ditentukan pihak Kerajaan Negeri atau KPDN Selangor.

  3. Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi kekurangan beras tempatan selain daripada Jualan Ehsan?

    Berkenaan isu kekurangan beras, peranan PKPS adalah sebagai agensi pemasaran untuk memastikan stok bekalan beras Ehsan keluaran PKPS sentiasa ada di pasaran. Selain di Jualan Ehsan, PKPS turut menjual beras Ehsan di outlet dan kiosk seperti di bawah :

     

    1. Outlet Wisma PKPS, Seksyen 14, Shah Alam.
    2. Outlet Ehsan PKPS, Seksyen 9, Shah Alam.
    3. Outlet Ehsan PKPS, Jalan Muafakat 1, Taman Dato Bandar, Meru.
    4. Kiosk Ehsan, Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya.

     

    Selain itu, PKPS turut berkongsi maklumat bekalan dengan Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor bagi hebahan lokasi jualan beras tempatan dan kemaskini stok kuantiti beras yang tersedia bagi memudahkan orang ramai datang untuk membeli.

Lampiran

Tiada Lampiran.