Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

282) JUALAN EHSAN SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apa agensi yang mengendalikan jualan tersebut?

    Agensi yang mengendalikan Jualan Ehsan Rahmah (JER) adalah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

  2. Adakah kerajaan membuat pantauan lokasi jualan tersebut diadakan?

    Untuk makluman, JER kini digerakkan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Selangor sejak 31 Mei lalu. Oleh itu, pihak PKPS dan KPDN bersama urusetia Pusat Khidmat Masyarakat membuat pemantauan secara bersama di setiap lokasi JER.

Lampiran

Tiada Lampiran.