Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

279) TEROWONG YANG MENGHUBUNGKAN JALAN MATANG PAGAR – TAMAN IMPIAN INDAH, SUNGAI BULOH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah pihak yang bertanggungjawab menyelenggara jalan dan terowong tersebut?

    Untuk makluman Yang Berhormat, laluan tersebut telah diselenggara oleh pihak persatuan kuari dengan melantik satu syarikat bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta membaik pulih jalan dan terowong yang telah rosak.

     

    Walaubagaimanapun, bermula tahun 2019, Majlis Perbandaran Selayang bertanggungjawab menyelenggara jalan tersebut oleh    kerana pihak persatuan kuari telah mengabaikan kerja-kerja pembersihan serta membaik pulih jalan dan terowong yang telah rosak

  2. Berapakah jumlah kekerapan jalan tersebut diselenggara setiap tahun mulai tahun 2019 sehingga 2023?

    Untuk makluman Yang Berhormat, kekerapan kerja-kerja penyelenggaraan jalan tersebut bagi tahun 2019 hingga 2023 adalah seperti jadual dibawah:

  3. Apakah langkah berkesan daripada Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu masih belum lagi diatasi sehingga sekarang?

    Mesyuarat yang telah diadakan pada 16 Oktober 2023 bersama YB Tuan Ir. Izham Bin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Pertanian Dan Perladangan    Dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Pejabat     Tanah Dan Galian Negeri Selangor, Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak, Lembaga Lebuh Raya, PLUS dan Majlis Perbandaran Selayang telah membincangkan penyelesaian diantaranya adalah seperti berikut :

    1. Penyelesaian Jangka Panjang :

    Menyediakan laluan khas untuk kegunaan lori-lori kuari dan tidak menggunakan laluan yang digunakan oleh penduduk setempat. Laluan khas ini perlu dicadangkan oleh Persatuan Kuari bersama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan akan disemak oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandaran Selayang bagi tujuan sokongan kelulusan.

    2. Penyelesaian Jangka Pendek :

    Jabatan Kerja Raya diminta untuk menyediakan rekabentuk jalan tahan lasak agar dapat menampung beban lori-lori daripada kuari untuk digunakan bagi menaiktaraf jalan sedia ada sebelum laluan khas dapat dibina.

Lampiran

Tiada Lampiran.