Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

277) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pelantikan PeBS?

    Penggerak Belia Selangor (PeBS) adalah dilantik berdasarkan kepada pencalonan yang dibuat oleh pihak Ahli Dewan Negeri atau Pegawai Penyelaras Dewan Negeri. Untuk makluman, Penggerak Belia Selangor (PeBS) bagi lantikan penggal lepas telah ditamatkan selaras dengan pembubaran Dewan Negeri Selangor ke 14 pada Jun 2023. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri sedang dalam proses membuat pindaan dan penambahbaikan kepada struktur dan tatacara Penggerak Belia Selangor (PeBS) bagi penggal ke 15 ini.

     

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji penambahan anggota PeBS setiap DUN sebagai langkah memperkasa peranan belia dalam melaksanakan agenda pembangunan di peringkat akar umbi?

    Penggerak Belia Selangor (PeBS) atau dulu dikenali sebagai Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah menjangkau 15 tahun penubuhan. Sepanjang tempoh tersebut pelbagai program telah dilaksanakankan sama ada diperingkat Negeri atau kawasan. Kerajaan Negeri dalam fasa menilai semula struktur sedia ada dan kajian akan dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.