Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

275) GARIS PANDUAN KONSERT ARTIS DARI LUAR NEGARA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat sebarang garis panduan dari Kerajaan Negeri berkenaan pelaksanaan konsert artis luar negara di Negeri Selangor bagi memastikan ianya tidak melanggar batas kesopanan dan budaya ketimuran?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengeluarkan Garis Panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). Justeru itu, Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan garis panduan khusus berhubung penganjuran konsert artis dari luar negara di peringkat negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.