Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

258) INFRASTRUKTUR JKR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada JKR dari 2018-2023.

    Peruntukan bagi Jalan Persekutuan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada pihak JKR Selangor dari tahun 2018 – 2023 adalah seperti berikut:

  2. Mengapakah tahap jalan-jalan, lampu, longkang yang dibawah kawal selia JKR sangat tidak memuaskan dan berbahaya? Adakah disebabkan kekangan kewangan untuk menyelenggara atau masalah pihak kontaktor?

    Penyelenggaraan Jalan Negeri telah dilaksanakan melalui Kontrak Jangka Panjang (KJP) oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Kontrak ini melibatkan penyelenggaraan jalan raya negeri yang berada di dalam bandar mahupun di luar bandar. Secara umumnya, penyelenggaraan Kontrak KJP ini melibatkan beberapa kerja rutin yang perlu dilaksanakan ke atas jalan berkenaan termasuk penampalan potholes, pembaikan bahu jalan, pemotongan rumput, pembersihan longkang, penyelenggaraan perabot jalan, pembaikan garisan jalan dan sebagainya. (Terdapat 10 skop penyelenggaraan rutin). Ini adalah bertujuan untuk memastikan jalan-jalan negeri di Negeri Selangor sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan oleh pengguna jalan.

    Penyelenggaraan Jalan Persekutuan telah dilaksanakan oleh pihak konsesi jalan persekutuan di bawah seliaan pihak JKR. Skop penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang telah diserahkan kepada pihak konsesi adalah meliputi penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala dan kerja kecemasan. Penyelenggaraan rutin dilaksanakan oleh pihak konsesi mengikut jadual kerja rutin setiap bulan yang akan dipantau oleh JKR Daerah. Pelaksanaan penyenggaraan kerja rutin adalah mengikut skop kerja seperti berikut :

    R01 – Penyelenggaraan Pavemen

    R02 – Penyelenggaraan Bahu Jalan

    R03 – Potong Rumput

    R04 – Penyelenggaraan Perabot Jalan

    R05 – Penyelenggaraan Jambatan/Pembentung

    R07 – Penyelenggaraan Longkang

    B – Rondaan Rutin

    Skop penyenggaraan Berkala pula adalah meliputi Berkala Pavemen  dan Berkala Bukan Pavemen. Kelulusan kerja ini adalah oleh Kementerian Kerja Raya yang dilaksanakan secara Arahan Kerja(AK) kepada pihak konsesi. Peruntukan yang diterima untuk kerja Berkala adalah terhad dan kelulusan bergantung kepada tahap kerosakan jalan dan kriteria-kriteria lain.

    Skop kerja kecemasan adalah kerja-kerja yang dilaksanakan segera yang melibatkan kejadian luar jangka seperti Traffic Management Plan (TMP), pembersihan pokok tumbang, tumpahan minyak dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.