Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
257) HASIL BERAS JELAPANG PADI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pengeluaran hasil beras jelapang padi Negeri Selangor?
Buat masa ini status pengeluaran beras di jelapang padi Negeri Selangor adalah mencukupi dan mash mempunyai 20,000 tan beras tanpa menyentuh stok penimbal.
Jumlah beras yang diperlukan untuk rakyat Negeri Selangor adalah 45,000 tan beras sebulan bagi kegunaan 7 juta penduduk. Kapasiti pengeluaran beras di Selangor adalah 138,903. 12 tan setahun.
-
Apakah perancangan terkini pihak Kerajaan Negeri bagi menjamin hasil padi dapat dipertingkatkan untuk kecukupan keperluan rakyat di dalam Negeri Selangor?
IADA Barat Laut Bersama Jabatan Pertanian cakna akan usaha dalam meningkatkan pendapatan pesawah melalui pelbagai program ke arah menjamin kecukupan keperluan rakyat di dalam Negeri Selangor.
Bagi menjamin hasil padi dapat dipertingkatkan untuk kecukupan keperluan rakyat di dalam Negeri Selangor, Jabatan Pertanian Bersama IADA telah mengenal pasti beberapa inisiatif bagi memastikan sustainability (kemampanan) padi terjamin. Selain itu, kami juga telah mengenalpasti kawasan berhasil rendah melalui Data Maklumat Geospatial Padi 2023 dan membuat penambahbaikan dan tindakan pemulihan bersama beberapa Program Kementerian seperti;
i. Mengembangkan lagi Program SMART Sawah Berskala Besar (SBB) dan Lestari 5 di kedua-dua daerah berkaitan. Tindakan ini bertujuan untuk menyelaras semua aktiviti persawahan secara bersepadu. Antara program yang dilaksanakan secara bersepadu dan berperingkat menggunakan Peruntukan Pembangunan adalahseperti ;
- Menaik taraf infrastruktur parit sawah dalam peningkatan water use efficiency
- Program peningkatan Soil Productivity melalui perataan sawah, mikrob bermanfaat dan baja organik
- Kawalan perosak dan penyakit bersepadu bagi mengurangkan peratus kehilangan hasil akibat serangan penyakit dan perosak
- Penglibatan industri berkaitan dalam sektor pembajaan, kawalan perosak dan agronomi tanaman melalui program Participatory Observation
- Pengunaan jentera bersaiz kecil bagi mengurangkan kehilangan lepas tuai.
- Menggalakkan Kempen 1 Blok, 1 Varieti