Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
254) PENYUSUNAN GERAI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Majlis Perbandaran Klang untuk menyusun semula gerai-gerai di sekitar DUN Meru yang tidak strategik dan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas?
Pada masa ini Majlis Perbandaran Klang sedang mengkaji tempat-tempat yang sesuai untuk menempatkan peniaga kecil. Pihak Majlis telah mengumpulkan semua peniaga kecil di sekitar Meru untuk ditempatkan di tapak pasar malam Jalan Paip. Pada masa yang sama juga tapak pasar malam Pekan Meru akan dibangunkan bagi menempatkan peniaga-peniaga tersebut.
-
Sejauhmanakah tindakan penguatkuasaan dijalankan oleh Majlis Perbandaran Klang bagi membendung penyalahgunaan lesen perniagaan warga tempatan oleh warga asing?
Tindakan pembatalan lesen akan dilaksanakan terhadap mana-mana premis berlesen yang didapati menyalahgunakan lesen kepada warga asing dan tindakan sitaan akan dibuat jika didapati masih menjalankan aktiviti menjalankan tanpa lesen daripada pihak berkuasa melesen. Tindakan pembatalan lesen juga boleh dilakukan jika pengusaha gagal mengemukakan permit kerja yang sah daripada Jabatan Imigresen Malaysia bagi pekerjaan yang dilakukan untuk syarikat tersebut. Tindakan-tindakan tersebut telah dilakukan setelah semakan di tapak dibuat. Sehingga 24 Oktober 2023, pihak Majlis telah melakukan tindakan sitaan terhadap peniaga warga asing sebanyak 398 sitaan.