Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
249) INSAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah terdapat begitu banyak percanggahan maklumat oleh Kerajaan Negeri dalam memberikan penjelasan berkenaan skim insurans INSAN, terutama dalam soal pendaftaran polisi?
Kerajaan Negeri selama ini telah memberikan penerangan yang jelas dan konsisten berkenaan pendaftaran Program INSAN.
Percanggahan maklumat hanya akan berlaku sekiranya maklumat-maklumat tentang Program INSAN diperolehi daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ataupun diperolehi daripada pihak-pihak yang tidak mewakili Kerajaan Negeri.