Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
246) TINDAKAN PENYELESAIAN MASALAH GANGGUAN HAIWAN LIAR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk-bentuk tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah haiwan liar seperti monyet, burung layang-layang, anjing dan ular yang berterusan mengganggu penduduk di kawasan-kawasan perumahan dan perkampungan khasnya di daerah Kuala Selangor?
Majlis Perbandaran Kuala Selangor menyelesaikan isu kacau ganggu anjing dikawasan perumahan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam, jadual tangkapan dijalankan setiap hari bagi isu tersebut. Manakala kawasan kampung bantuan diberikan memasang perangkap dengan kerjasama ketua kampung. Berikut adalah data tangkapan anjing bagi tahun 2023 :-
Isu monyet adalah tanggungjawab Pihak Perhilitan, pihak MPKS hanya membantu menyediakan tambahan perangkap monyet di lokaliti aduan.
Permasalahan bagi kacau ganggu burung layang-layang, pemilik bangunan akan dikenalpasti oleh Pihak Majlis akan mengeluarkan notis/ kompaun amaran bagi menghapuskan kacau ganggu tersebut.
Permasalahan bagi kacau ganggu ular adalah dibawah kepakaran pihak Bomba atau pihak JPAM. Jabatan di bawah MPKS tiada kepakaran bagi menyelesaikan kacau ganggu ular dikawasan perumahan atau perkampungan.