Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
245) STATUS JALAN B48 SEPANG JENDERAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah penjelasan status pembangunan Jalan B48 Sepang Jenderam Fasa 2 dibawah JKR Negeri Selangor?
Projek yang dimaksudkan adalah Projek Menaiktaraf Jalan B48 dari Simpang Tiga Jenderam ke Pekan Sepang Lama (Fasa 2), Daerah Sepang. Projek ini telah dimansuhkan pada November 2014 kerana isu pengambilan tanah yang belum selesai. Walaubagaimanapun, isu pengambilan tanah ini telah diselesaikan antara tahun 2015 ke 2017. Perancangan seterusnya adalah untuk memohon semula peruntukan projek di dalam Rancangan Selangor 2 (RS 2).