Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
242) PENGANGKUTAN AWAM – BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah frekuensi perjalanan Bas Smart Selangor di kawasan DUN Teratai?
Terdapat dua (2) laluan Bas Smart Selangor di kawasan DUN Teratai iaitu AJ03 dan AJ04. Laluan AJ03 bermula daripada Taman Bukit Teratai – Taman Muda – Pandan Indah – LRT Cempaka – Pandan Indah Taman Muda – Taman Bukit Teratai. Bagi laluan AJ03, tiga (3) buah bas yang digunakan dengan frekuensi 30 minit setiap satu. AJ04 pula adalah laluan daripada Pandan Perdana – Pandan Indah – Taman Muda – Pandan Mewah – LRT Cempaka – Cheras Indah – Pandan Perdana. Bagi laluan AJ04, tiga (3) buah bas digunakan dengan frekuensi 30 minit setiap bas.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan frekuensi perjalanan bas dan membanyakkan lagi tempat-tempat menunggu bas di kawasan/ fasiliti Kerajaan Negeri?
Secara umumnya, bidang kuasa berkaitan pegangkutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Oleh yang demikian, Bas Smart Selangor tidak boleh memasuki laluan yang telah ditentukan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengikut zoning kepada operator bas sedia ada dan keperluan bas awam atau bas henti-henti. Oleh itu, Bas Smart Selangor disediakan hanyalah untuk menampung kekosongan laluan dengan mengutamakan laluan sosial yang tidak dilalui bas sedia ada dan perlu mendapat kelulusan APAD.
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa melaksanakan penelitian tahap perkhidmatan Bas Smart Selangor berdasarkan data penumpang yang diperolehi secara bulanan bagi mengenal pasti laluan-laluan bas yang memerlukan peningkatan frekuensi perjalanan. Berdasarkan penelitian tersebut PBT akan mengalihkan bas–bas berkenaan kepada laluan yang mendapat sambutan dan mempunyai frekuensi yang tinggi.