Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

233) STATUS PELAKSANAAN MANIFESTO SELANGOR PRU-14

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah Manifesto Selangor PRU-14 yang lalu yang masih belum dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri (Pakatan Harapan)?

    Semasa PRU-14, Pakatan Harapan tidak mempunyai manifesto pilihanraya yang khusus. Pada masa itu, hanya kad laporan prestasi yang ditonjolkan sebagai bukti kejayaan pentadbiran Pakatan Harapan.

  2. Adakah kerajaan merancang untuk mempercepatkan pelaksanaan manifesto yang masih belum terlaksana khususnya melibatkan kos sara hidup dan keterjaminan makanan?

    Manakala bagi Pilihanraya Negeri Selangor, dua perkara penting tentang kos sara hidup dan keterjaminan makanan sememangnya terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan. Kerajaan Negeri telah dengan sedaya upaya menunaikan manifesto ini melalui dua pogram yang dilaksanakan iaitu Jualan Ehsan Rakyat, Program Keselamatan Bekalan Makanan, Program Agrepreneur Muda dan juga Pembangunan Industri Laut di SABDA.

Lampiran

Tiada Lampiran.