Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

206) PERUNTUKAN PROJEK SELANGOR PENYAYANG (PSP)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah baki peruntukan bagi Projek Selangor Penyayang (PSP) Fasa 2 yang berbaki RM500,000 untuk tahun ini akan disalurkan?

    Projek Selangor Penyayang (PSP) diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2022. Tujuan projek ini diperkenalkan adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk mengekalkan momentum pemulihan ekonomi pasca COVID-19. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri telah melaksanakan sebanyak 615 bilangan projek dengan peruntukan sebanyak RM27,763,729.17. Justeru perlaksanaan Projek Selangor Penyayang (PSP) Fasa 2 untuk tahun  2023 adalah ditangguhkan pada masa ini disebabkan oleh kekangan tempat serta keupayaan agensi pelaksana. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan pelaksanaan Projek Selangor Penyayang (PSP) ini pada tahun hadapan dengan melihat kepada keperluan semasa.

  2. Sila senaraikan projek-projek PSP di DUN Sungai Pelek yang telah diluluskan mengikut kategori penyelenggaraan, bina baru dan lain-lain masing-masing.

    PDT SEPANG

    Sebanyak 13 projek di DUN Sungai Pelek telah diluluskan untuk tahun 2023. 11 projek penyelenggaraan dan dua (2) projek bina baru telah selesai dilaksanakan. Berdasarkan 11 projek penelenggaraan tersebut, tujuh (7) projek telah dilaksanakan di sekitar Mukim Sepang dan enam (6) buah projek lagi di Mukim Labu.

    Bagi Mukim Sepang, terdapat lima (5) kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan penurapan jalan di Kampung Hulu Chuchoh, Jalan Lapis 6 Pekan Sungai Pelek, Jalan Lapis 7 Pekan Sungai Pelek, jalan di Sekolah Kebangsaan Methodist Sungai Pelek, dan Jalan Jeti Sepang di Tanjung Mas. Selain itu, satu (1) kerja-kerja membersih parit di Kampung Bagan Lalang dan satu (1) kerja-kerja baik pulih Balai Raya di Pekan Sepang turut selesai dilaksanakan.

    Untuk Mukim Labu, terdapat empat (4) projek penyelenggaraan dan dua (2) projek bina baru dan satu (1) kerja-kerja penurapan jalan di Lorong Haji Adnan 1, Kampung Giching telah selesai dilaksanakan. Bagi penyelenggaraan longkang terdapat tiga (3) projek telah siap dilaksanakan di sekitar Kampung Giching dan Kampung Chincang. Manakala, bagi dua (2) projek bina baru, projek-projek tersebut merupakan kerja memasang pagar di surau Kampung Giching dan Dewan Kampung Labu Lanjut.

    MPSp

    MPSepang ada mengemukakan beberapa projek Selangor Penyayang (PSP). Sebanyak RM496,995.00 kos projek telah dilaksanakan menggunakan peruntukan MPSepang.

Lampiran

Tiada Lampiran.