Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

204) PROGRAM INISIATIF RODA DARUL EHSAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Syarat untuk menyertai program inisiatif Roda Darul Ehsan ialah individu yang bekerja dalam industri P-Hailing secara sepenuh masa, adakah kerajaan bercadang untuk membuka skim ini kepada mereka yang terlibat secara separuh masa?

    Kerajaan Negeri senantiasa memikirkan kebajikan penunggang – penunggang dalam industri p-hailing bagi mengurangkan beban dan kesukaran mereka dalam kehidupan. Kerajaan Negeri akan sentiasa mendengar rintihan dan harapan daripada penungang – penunggang p-hailing. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri juga akan membantu kepada mereka yang terlibat secara separuh masa juga. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima dan kelayakan lain yang perlu dipenuhi oleh mereka seperti anak jati Selangor atau pemastautin tetap, berumur 18 hingga 40 tahun dan lain-lain.

  2. Adakah cadangan untuk menambah kuota penerima?

    Sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan, Kerajaan Persekutuan menganggarkan sejumlah 400,000 penunggang p-hailing di seluruh negara. Bertitik tolak kepada jumlah penunggang p-hailing yang masih ramai belum menerima inisiatif ini khususnya di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahbaik program tersebut dan bersedia menambah peruntukan sekiranya perlu.

Lampiran

Tiada Lampiran.