Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
170) SKIM INSURANS HAYAT SELANGOR (INSAN)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah respon kerajaan berkenaan kebocoran data peribadi terkait skim INSAN ini?
Program INSAN adalah inisiatif Kerajaan Negeri yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mengurangkan beban kewangan rakyat di negeri Selangor sekiranya berlaku kemalangan atau kemalangan.
Memandangkan ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri dan tidak tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, oleh itu tiada berlakunya kebocoran ataupun ketirisan data peribadi.
-
Berapakah jumlah sebenar pencarum skim INSAN ini yang mendaftar secara sukarela?
Setakat 30 September 2023, jumlah sukarela adalah 120,392, perincian adalah seperti berikut: