Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
163) PROGRAM KHUSUS WARGA EMAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program-program baharu yang bakal dilakukan untuk golongan warga emas yang kian bertambah di seluruh Selangor?
Kerajaan Negeri sedang dalam proses membangunkan Kerangka Tindakan Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor dengan warga emas sebagai salah satu golongan sasar. Menerusi kerangka tindakan ini, Kerajaan Negeri akan melaksanakan program-program yang menepati keperluan warga emas meliputi skop.
-
Adakah penglibatan warga emas dalam program sedia ada ini makin bertambah?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri giat melaksanakan program-program kepada warga emas melalui Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jumlah peserta PAWE pada tahun 2022 adalah seramai 4,793 orang dan pada tahun 2023, terdapat peningkatan peserta PAWE sehingga Oktober iaitu seramai 4,877 orang.
Selain itu, di bawah program Sinergi Prihatin turut dianjurkan program-program kerjasama Kerajaan Negeri dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta persatuan-persatuan yang berunsurkan kebajikan kepada warga emas. Pada tahun 2022, sebanyak tiga (3) program warga emas telah dianjurkan dengan jumlah penyertaan seramai 560 orang peserta, manakala pada tahun 2023 sehingga Oktober 2023, sebanyak tujuh (7) program warga emas telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 705 orang warga emas, iaitu peningkatan sebanyak 145 orang (20.6 peratus).