Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

160) RUMAH SELANGORKU MORIB

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini mengenai Rumah Selangorku Morib?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Isu terkini yang dihadapi oleh pemaju adalah kelewatan kelulusan sambungan air interim dari pihak Pengurusan Air Selangor. Pemaju telah memohon kelulusan untuk sambungan air interim tetapi kerap kali ditolak kerana dokumen yang dihantar tidak menepati piawaian yang dikehendaki oleh pihak Pengurusan Air Selangor.

    Selain itu, pemaju juga dikehendaki menyediakan Jaminan Bank (BG) bagi permohonan kelulusan sambungan tersebut sebanyak RM8.177 juta bagi pemajuan tersebut yang mana setelah beberapa siri perbincangan yang dikendalikan oleh pihak Kerajaan Negeri, pemaju telah bersetuju dan membayar jumlah tersebut pada 20 Oktober 2023.

    Terkini, pihak pemaju dalam proses mengemukakan pelan interim sambungan air interim kepada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Bagi tujuan kelulusan. Kerja-kerja infrastruktur luaran akan diteruskan setelah kerja-kerja perpaipan bekalan air luaran dijalankan di tapak.

  2. Apakah tindakan penyelesaian Kerajaan Negeri mengenai Rumah Selangorku Morib seperti tempoh siap untuk diduduki oleh pembeli?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi pemudah cara bagi memastikan pemaju melaksanakan tanggungjawab mereka sepertimana termaktub dalam perjanjian jual beli yang ditandatangani dengan para pembeli. Antara perkara yang disasarkan adalah memastikan pihak pemaju mengemukakan pembayaran Bank Guarantee berjumlah RM 8.177 juta kepada Air Selangor bagi memastikan kerja di lapangan dapat diteruskan dan perkara tersebut telah selesai pada 20 Oktober 2023. Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri kini mensasarkan penyiapan kerja infrastruktur ke plot-plot rumah yang tergendala dapat disempurnakan sepertimana dijadualkan oleh oleh pihak pemaju iaitu menjelang akhir Disember 2023.

  3. Adakah masih ada projek Rumah Selangoku di Kuala Langat khususnya di DUN Morib dan minta disenaraikan?

    Di Mukim Morib hanya terdapat dua (2) projek Rumah Selangorku yang telah memperoleh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan telah memulakan pembinaan di lapangan iaitu projek oleh Sentoria Harta Sdn Bhd yang dibincangkan. Perincian adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.