Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
156) ISU PENAMBAHBAIKAN JALAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan agensi-agensi yang terlibat dengan penyelenggaraan jalan raya khususnya ke atas jalan-jalan yang rosak, berlubang dan tidak diselenggara dengan baik di beberapa kawasan di Selangor?
Bagi Jalan Negeri, pihak konsesi KSSB telah dilantik untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan jalan. Untuk meningkatkan kualiti pembaikan dan penurapan semula jalan raya, pemantauan kualiti kerja-kerja turapan di Negeri Selangor dilakukan berdasarkan kepada Standard Operating Procedure (SOP) Senggara Jalan yang dikeluarkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibupejabat JKR Malaysia.
Berdasarkan kepada SOP tersebut, tindakan-tindakan yang akan diambil adalah seperti berikut;
- Kerja penampalan sementara untuk potholes akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam apabila ia dikenalpasti dengan menggunakan bahan turapan ‘Cold Mix’ supaya keselamatan pengguna terjamin. Penampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari dengan menggunakan bahan turapan ‘Hot Mix’.
- Rondaan audit sentiasa dilakukan melibatkan JKR Daerah dan konsesi bagi memantau keadaan jalan sebenar di tapak. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti.
- Bagi mengawal aspek kualiti, JKR Selangor mengambil tindakan dengan melaksanakan audit kuari untuk memastikan campuran asphalt yang digunakan adalah mengikut spesifikasi. Kawalan spesifikasi amat penting agar kualiti asphalt yang digunakan dapat menjamin ketahanannya mengikut tempoh yang sepatutnya iaitu 7 tahun bagi kerja senggara jalan sedia ada.
Bagi Jalan Persekutuan, pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melantik konsesi jalan persekutuan iaitu Roadcare (M) Sdn. Bhd. di bawah seliaan JKR bagi penyenggaraan jalan persekutuan.
Skop penyenggaraan Jalan Persekutuan yang telah diserahkan kepada pihak konsesi adalah meliputi penyenggaraan rutin, penyenggaraan berkala dan kerja kecemasan.
Penyenggaraan rutin dilaksanakan oleh pihak konsesi mengikut jadual kerja rutin setiap bulan yang akan dipantau oleh JKR Daerah. Pelaksanaan penyenggaraan kerja rutin adalah mengikut skop kerja seperti berikut :
R01 – Penyenggaraan Pavemen
R02 – Penyenggaraan Bahu Jalan
R03 – Potong Rumput
R04 – Penyenggaraan Perabot Jalan
R05 – Penyenggaraan Jambatan/Pembentung
R07 – Penyenggaraan Longkang
B – Rondaan Rutin
Skop penyenggaraan Berkala pula adalah meliputi Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen. Kelulusan kerja ini adalah oleh Kementerian Kerja Raya yang dilaksanakan secara Arahan Kerja(AK) kepada pihak konsesi. Peruntukan yang diterima untuk kerja Berkala adalah terhad dan kelulusan bergantung kepada tahap kerosakan jalan dan kriteria-kriteria lain.
Skop kerja kecemasan adalah kerja-kerja yang dilaksanakan segera yang melibatkan kejadian luar jangka seperti Traffic Management Plan (TMP), pembersihan pokok tumbang, tumpahan minyak dan lain-lain.
-
Berapa banyakkah peruntukan yang disediakan untuk tujuan ini?
Peruntukan penyelenggaraan jalan bagi tahun 2023 adalah seperti berikut: