Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

151) PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik bilangan pengguna perkhidmatan Bas Selangorku yang dulu dikenali Bas Smart Selangor mengikut daerah dan warganegara atau bukan warganegara sejak ianya diperkenalkan.

    Selangor Intelligent Transport System adalah merupakan sistem yang merekodkan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor. Sejak sistem ini diperkenalkan mulai 1 Mac 2021 sehingga 31 Oktober 2023, jumlah penumpang yang direkodkan adalah berjumlah 12,653,186 orang. Daripada jumlah berkenaan, 10,924,398 orang (86 peratus) adalah warganegara manakala baki berjumlah 1,728,788 orang (14 peratus) adalah bukan warganegara. Jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor mengikut warganegara dan bukan warganegara bagi tempoh 1 Mac 2021 sehingga 31 Oktober 2023 adalah seperti berikut:

  2. Nyatakan juga kos keseluruhan penyelenggaraan dan sejauh mana manfaat yang diperolehi khususnya oleh rakyat negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri telah membelanjakan peruntukan berjumlah RM15,025,398.30 sepanjang tahun 2023 bagi tujuan menampung kos keseluruhan operasi Bas Smart Selangor termasuk kos penyelenggaraan. Kos penyelenggaraan Bas Smart Selangor telah dimasukkan dalam jumlah kos perkhidmatan yang perlu dibayar kepada syarikat pengoperasi yang telah dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

     

    Sejak mula diperkenalkan, Bas Smart Selangor ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat di Negeri Selangor. Matlamat Program Bas Smart Selangor bukanlah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Sebaliknya objektif Bas Smart Selangor ini adalah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam oleh semua lapisan masyarakat, di samping dapat mengurangkan bebanan kewangan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menggunakan perkhidmatan awam bagi urusan harian apabila perkhidmatan Bas Smart Selangor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah secara percuma dan bayaran tambang sebanyak RM0.90 dikenakan kepada bukan warganegara.

Lampiran

Tiada Lampiran.