Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

148) PEMBINAAN MASJID DI BANDAR MAHKOTA CHERAS DAN SUNGAI LONG, KAJANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina masjid bagi kegunaan penduduk setempat di kawasan Bandar Mahkota Cheras dan Sungai Long memandangkan tiada Masjid dibina di dua kawasan tersebut?

    Ya, Kerajaan Negeri  akan mempertimbangkan untuk menyenaraikan pembinaan Masjid Bandar  Mahkota Cheras, Hulu Langat  dalam Rancangan Malaysia Ke 13 (RMK-13) / Rancangan Selangor Ke 2 (RS-2) di atas tanah Surau As-Syakirin sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.