Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

138) PERLOMBONGAN PASIR SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Dasar Perlombongan Pasir Selangor masih lagi dipatuhi apabila pengurusannya diletakkan di bawah kendalian Kumpulan SEMESTA Sdn. Bhd. (KSSB)?

    Selaras dengan Pekeliling PTGS Bilangan 2/2015, semua tanah kerajaan dan tanah-tanah anak syarikat Kerajaan Negeri perlu dipohon melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi tujuan perlombongan pasir. Dasar ini masih lagi kekal dilaksanakan dan telah menjadi contoh yang terbaik (best practice) kepada negeri-negeri lain dalam memastikan Kerajaan Negeri mendapat hasil yang optimum. KSSB juga telah melakukan penambah baikan dengan menggunakan Sistem Smart Docket di tapak bagi mengelakkan ketirisan kepada hasil negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.