Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

135) PENYELENGGARAAN SALIRAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kekerapan penyelenggaraan sungai, parit dan saliran dilakukan di DUN Meru?

    JPS

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melaksanakan kerja penyelenggaraan/ pembersihan sungai, parit dan saliran yang berada di bawah seliaan JPS menggunakan jentera sebanyak dua (2) hingga empat (4) kali setahun terutamanya sebelum musim tengkujuh di kawasan DUN Meru.

    MPK

    Kekerapan penyelenggaran (pembersihan longkang) di DUN Meru dilakukan sebanyak 3 pusingan (Mei 2023 – Julai 2023, Ogos 2023 – Oktober 2023 dan November 2023 – Januari 2024) dengan tempoh kontrak adalah selama 9 bulan.

     

  2. Berapakah peruntukan bagi penyelenggaraan tersebut mengikut daerah dan berapakah perbelanjaan digunakan untuk kawasan DUN Meru?

    JPS

    Secara keseluruhan Kerajaan Negeri melalui JPS telah memperuntukan sebanyak RM840,218.68 pada tahun 2023 untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan parit dan sungai oleh Daerah Klang dan Daerah Petaling di DUN Meru. Tujuan kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kelancaran air serta memastikan parit dan sungai mempunyai kapasiti yang cukup untuk menampung air larian permukaan. JPS telah melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan sebanyak empat (4) kerja berkala dan lima (5) kerja undi di kawasan DUN Meru. Antara kerja yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

    MPK

    Peruntukan yang disediakan oleh pihak Majlis bagi penyelenggaraan ini adalah sebanyak RM 4,013,181.00 (jumlah kontrak) dengan jumlah keseluruhan panjang parit 356,730 meter mengikut pembahagian seperti yang berikut:

    1. Klang Utara : 153,800 meter;
    2. Klang Selatan : 202,930 meter

    Bagi menangani aduan awam dan kawasan ‘hotspot’ banjir bagi tahun 2023 bagi kawasan yang bukan selenggaraan MPK (seperti JKR), jabatan mengesyorkan  kerja-kerja penyelenggaraan secara ‘one-off’. Jumlah kerja kecil yang  dicadangkan adalah sebanyak 20 kerja melibatkan peruntukan sebanyak RM700,000.00 menggunakan lebihan peruntukan yang ada.

  3. Adakah perancangan untuk menambah kekerapan penyelenggaraan bagi mengatasi masalah banjir kilat di DUN Meru?

    JPS

    Untuk makluman, kekerapan penyelenggaraan yang dilaksanakan adalah memadai untuk mengurangkan risiko banjir di dalam DUN Meru. Kerja pembersihan parit tanah yang kerap boleh menyebabkan hakisan serta runtuhan kepada tebing parit dan sungai. Walau bagaimanapun, JPS akan menambah jumlah kekerapan dari masa ke masa mengikut keperluan dan keadaan parit dan sungai di kawasan DUN Meru. Pelaksanaan projek jangka panjang iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar Daerah Klang dan Petaling, Selangor yang merupakan Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT) oleh Kerajaan Persekutuan dijangka dapat menyelesaikan masalah banjiir di DUN Meru.

    MPK

    Tiada penambahan kekerapan dilaksanakan masih mengikut kekerapan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.