Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

134) STATUS PEMASANGAN SOLAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pemasangan solar atas bumbung di bangunan-bangunan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan?

    Untuk makluman, pemasangan sistem solar di premis bangunan di pejabat Kerajaan dan bangunan komersial yang lain telah dilaksanakan melalui Program Net Energy Metering (NEM) yang telah diperkenalkan sejak tahun 2016. Di bawah program ini, pengguna boleh memasang sistem solar PV di struktur bangunan masing-masing dan menjana tenaga elektrik untuk kegunaan sendiri, selain mengeksport lebihan tenaga yang dijana sebagai kredit tenaga dalam bil elektrik. Melalui program ini juga, pengguna mendapatkan bekalan elektrik secara langsung daripada sistem solar PV dan mengurangkan pembelian elektrik daripada syarikat utiliti.

    Kerajaan Negeri akan terus menggalakkan semua PBT dan Jabatan/Agensi Negeri untuk melaksanakan pemasangan solar di bumbung-bumbung premis bangunan melalui program-program di bawah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) seperti Program Net Energy Metering (NEM) 3.0 bagi tempoh 2021 hingga 2023 dan lain-lain program yang diselaraskan oleh SEDA.

    Selaras dengan program ini, Mesyuarat MMKN Ke 31/2021 yang telah disahkan pada 13 Oktober 2021 telah bersetuju dengan cadangan menandatangani Perjanjian (Supply Agreement) – Renewable Energy (SARE) di antara Kerajan Negeri, Tenaga Nasional Berhad dan GSPARX Sdn. Bhd. bagi pemasangan panel solar di bangunan Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri telah melaksanakan projek pemasangan panel solar di bangunan-bangunan milik kerajaan iaitu di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dan sembilan (9) buah bangunan di setiap Pejabat Daerah/Tanah (PDT) di Negeri Selangor. Pemeteraian perjanjian ini menandakan satu pencapaian penting bagi Kerajaan Negeri yang mempraktikkan amalan hijau dengan perbadanan utiliti nasional menerusi SARE dan membawa Kerajaan Negeri melangkah setapak lagi ke arah merealisasikan agenda rendah karbon dan hijau.

    Lokasi pemasangan termasuklah di kawasan parkir dan dewan milik Kerajaan Negeri. Status pemasangan solar di bangunan Pejabat SUK Negeri Selangor dan 9 PDT seperti berikut:

  2. Berapa bangunan Kerajaan Negeri yang masih belum dipasang solar?

    Aspek teknologi hijau mendasari tumpuan Kerajaan Negeri bagi memaknai sebuah negeri termaju bagi Negeri Selangor. Negeri Selangor komited dalam menyokong usaha global demi mengurangkan intensity pembebasan karbon sebanyak 45% menjelang tahun 2030. Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menggalakkan semua pihak terutamanya Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri untuk meneroka dan melaksanakan inisiatif pemasangan panel solar dalam usaha menjamin masa depan yang lestari di samping menjimatkan tenaga dan kos peruntukan Kerajaan Negeri. Pemasangan panel solar di kebanyakan premis Kerajaan Negeri terutama di bangunan PBT telah mula pengoperasiannya.

    Antara lokasi yang dikenal pasti bagi pemasangan panel solar tersebut seperti di Bangunan Utama Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri, Bangunan milik Pihak Berkuasa Tempatan termasuk Dewan, Stadium dan Gerai Majlis, Surau dan Masjid, Sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor dan Kawasan Parkir Kenderaan di bawah kelolaan Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri.

    Antara PBT yang sedang dalam perancangan untuk pemasangan panel solar termasuk Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.