Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

132) TAWARAN PEMBELIAN TANAH DENGAN HARGA RENDAH KEPADA ADUN/KAKITANGAN KERAJAAN KELAS A

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kaji selidik oleh rakyat mendapati ramai kakitangan kelas A dan ahli politik dapat memiliki rumah dan tanah apabila bersara.
    Soalan : Adakah ganjaran seperti tanah ditawarkan dengan harga rendah dari harga pasaran kepada mereka sebagai mengenang jasa mereka dipraktikkan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, tidak ada ada dasar seumpamanya yang dilaksanakan oleh Kerajaan negeri kepada mana-mana ahli politik atau penjawat awam kanan. Permohonan pemberimilikan tanah di Negeri Selangor masih tertakluk kepada peruntukan Seksyen 43 Kanun Tanah Negara, bersandarkan kepada Pekeliling Pejabat Tanah & Galian Selangor (PTGS) Bil. 6 Tahun 2011 dan Bil. 3 Tahun 2020.

    Kadar premium kekal tertakluk kepada Kaedah Tanah Selangor dan tiada kadar istimewa diberikan kepada mana-mana golongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.