Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

127) SKIM INSURANS HAYAT SELANGOR (INSAN)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos kerajaan bagi Skim Insurans INSAN sehingga hari ini?

    Kos yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

    • Program INSAN Konvensional: RM12 juta
    • Program INSAN Takaful: RM 9 juta
  2. Bolehkah skim ini diperluaskan untuk meliputi penyakit kritikal dan hospitalisasi?

    Boleh dipertimbangkan dan, sekiranya kos yang terlibat adalah munasabah dan berpatutan, boleh diperluaskan untuk meliputi penyakit kritikal.

Lampiran

Tiada Lampiran.