Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

126) PERKHIDMATAN DAN KEBAJIKAN GURU KAFA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menyerap guru KAFA sebagai penjawat awam secara tetap atau kontrak di bawah skim perkhidmatan negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor membuka peluang kepada guru-guru KAFA yang mempunyai kelulusan ikhtisas pendidikan untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 atau DG41.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjamin atau menjaga kebajikan guru KAFA di Selangor?

    Antara usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menjamin atau menjaga kebajikan guru KAFA di Selangor termasuklah:

    1. Penyelarasan elaun minima dari RM 1,350.00 kepada RM 1,500.00 sebulan untuk bertugas 5 jam satu hari.
    2. Mencarumkan ke caruman PERKESO dan caruman KWSP.
    3. Menyenaraikan guru-guru KAFA bagi menerima Bantuan Khas Kerajaan yang diumumkan setiap tahun.
    4. Peruntukan cuti bersalin sehingga 3 orang anak.
    5. Tawaran untuk sambung belajar bagi meningkatkan kerjaya sebagai guru atau ikhtisas keguruan.

Lampiran

Tiada Lampiran.