Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
124) PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Cadangan penguatkuasaan penggunaan perkhidmatan Bas Smart Selangor yang dikhususkan hanya pada warga tempatan.
Bas Smart Selangor adalah sebuah perkhidmatan bas awam yang ditawarkan kepada semua penduduk di Negeri Selangor termasuk warga asing yang menetap di Negeri Selangor. Namun yang demikian, perkhidmatan ini diberikan secara percuma kepada warganegara sahaja manakala penduduk bukan warganegara akan dikenakan bayaran. Kerajaan Negeri melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 34/2020 bertarikh 30 September 2020 disahkan oleh MMKN Ke 35/2020 bertarikh 7 Oktober 2020 bersetuju dengan kadar tetap tambang Bas Smart Selangor sebanyak RM0.90 untuk dicaj kepada warga asing. Ini adalah berdasarkan kepada pematuhan Pekeliling Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Bilangan 8 Tahun 2009 yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
-
Penambah baikan laluan Bas Smart Selangor pada hentian kawasan-kawasan pelancongan, Pejabat Pentadbiran Daerah, pejabat-pejabat agensi serta klinik kesihatan khususnya di DUN Sungai Pelek.
Secara umumnya, Bas Smart Selangor tidak boleh memasuki laluan yang telah ditentukan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengikut zoning kepada operator bas sedia ada dan keperluan bas awam atau bas henti-henti adalah di bawah tanggungjawab APAD. Oleh itu, Bas Smart Selangor disediakan hanyalah untuk menampung kekosongan laluan dengan mengutamakan laluan sosial yang tidak dilalui bas sedia ada dan perlu mendapat kelulusan APAD.
Bagi kawasan Sungai Pelek, Majlis Perbandaran Sepang telah menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor di beberapa kawasan premis kerajaan dan lokasi penting seperti Klinik Kesihatan Tanjung Sepat, Klinik Kesihatan Salak, dan Hospital Serdang untuk membolehkan rakyat negeri Selangor khususnya di kawasan Sg. Pelek mendapat akses perkhidmatan bas percuma ke lokasi-lokasi strategik.