Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

121) BAJET BEBAS PLASTIK DIKUMPULKAN KERAJAAN NEGERI DIBERI SEMULA PADA PBT

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bajet Program Bebas Plastik yang diberi semula pada setiap PBT sejak tahun 2020 sehingga kini.

    Program Kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor telah dilaksanakan pada Januari 2020 dengan mengenakan caj RM0.20 sen bagi setiap beg plastik yang dikeluarkan oleh premis-premis perniagaan kepada pengguna. Ini berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 33/2019 bertarikh 13 November 2019. Bagi memastikan kutipan tersebut dilaksanakan dengan teratur, satu Akaun Amanah Kutipan Caj Beg Plastik Negeri Selangor telah diwujudkan di peringkat Kerajaan Negeri dan di 12 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan pembahagian jumlah kadar kutipan masing-masing sebanyak 60:40.

    Berdasarkan kepada tatacara pengurusan atau arahan amanah bagi Akaun Amanah Kerajaan Negeri dan PBT, hasil kutipan tersebut boleh digunakan untuk program-program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar seperti Program Bebas Plastik, Program Hari Tanpa Kenderaan, Program Tanam Pokok dan lain-lain program yang seumpamanya. Peruntukan atau hasil kutipan caj RM0.20 yang telah diakaunkan kepada PBT iaitu 40% daripada jumlah keseluruhan kutipan mulai tahun 2020 sehingga kini seperti berikut:

  2. Adakah Kempen Bebas Plastik mencapai matlamat dan berkesan?

    Kempen Bebas Plastik merupakan program yang berterusan dan perlu dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai pihak, bukan sahaja daripada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) malah termasuk komuniti, pelajar Institut Pengajian Tinggi, pelajar sekolah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

    • keberkesanan dasar bebas beg plastik yang
    • dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai
    • keberkesanan dasar bebas beg plastik yang
    • dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai
    • keberkesanan dasar bebas beg plastik yang
    • dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai
    • keberkesanan dasar bebas beg plastik yang
    • dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai

    Kerajaan Negeri sentiasa mempergiatkan penganjuran program-program yang melibatkan Kempen Bebas Plastik khususnya di pasar raya, premis-premis perniagaan dan program di bazar, pasar malam dan kedai makan. PBT menjadikan program-program sedia ada ini sebagai program tahunan dan sentiasa ditambah baik kaedah pelaksanaannya agar dapat memberikan impak yang lebih menyeluruh kepada masyarakat dan alam sekitar. Dengan adanya program-program berimpak tinggi ini, diharap dapat mengubah gaya hidup baharu masyarakat tanpa penggunaan beg plastik.

    Antara program-program kesedaran dan pendidikan untuk menggalakkan masyarakat membawa beg kitar semula yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama PBT seperti berikut:

    • Menggalakkan premis-premis perniagaan mengadakan kempen tiada beg plastik dibekalkan kepada pengguna dan menyediakan beg kitar semula dengan harga yang berpatutan;
    • Mengadakan Kempen Bebas Plastik di setiap acara/program PBT seperti Hari Tanpa Kenderaan, Pesta Pantai, Fun Ride dan lain-lain;
    • Menggalakkan premis-premis menyediakan beg kitar semula kepada pengguna sama ada secara percuma atau jualan, dan tidak menyediakan beg plastik atau plastik jenis biodegradasi dipremis;
    • Menjadikan beg kitar semula sebagai salah satu pemberian/sumbangan semasa program atau acara bersama komuniti; dan
    • Penganjuran program bawa beg sendiri di bazar-bazar ramadhan dan pasar malam dengan memberikan insentif berbentuk kupon kepada pengguna yang menyertai program tersebut.

     

  3. Adakah sebarang statistik yang boleh membuktikan Kempen Bebas Plastik berkesan dan berjaya sepanjang masa ini?

    Kempen Bebas Plastik telah mula dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor seawal Januari 2010 dengan pelaksanaan pada hari terpilih iaitu setiap hari Sabtu. Kempen ini telah ditambah baik dengan pelaksanaan ”Hari Tanpa Beg Plastik” selama 7 hari seminggu yang bermula mulai 1 Januari 2017. Berdasarkan keputusan MMKN Bil. 33/2019 yang diadakan pada 13 November 2019 yang telah disahkan oleh MMKN ke 34/2019 yang diadakan pada 27 November 2019, Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan kaedah pelaksanaan Kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor dengan caj sebanyak RM0.20 sehelai kepada semua pengguna. Antara premis yang dikenakan adalah seperti berikut:

    1. Pasar raya besar (Supermarket/Hypermarket)
    2. Pasar raya/pasar mini/kedai serbaneka/kedai rangkaian;
    3. Restoran/kafeteria/kedai makan;
    4. Farmasi/barangan kesihatan/penjagaan diri; dan
    5. Lain-lain (selain (a) – (d); contoh: kedai aksesori/kedai pakaian, dan lain-lain).

    Bagi memastikan pelaksanaan ini berkesan, pihak Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau telah menjalankan kajian dan tinjauan awam bertajuk Kajian Sikap Penerimaan Kempen Tanpa Beg Plastik Di Negeri Selangor oleh Merdeka Center pada tahun 2019. Dapatan dari kajian tersebut seperti berikut:

    1. Tahap kesedaran dan penerimaan terhadap kempen #bebasplastik tinggi dan memberikan impak yang positif terhadap penggunaan beg guna semula ketika membeli belah;
    2. Tahap kesedaran terhadap caj ke atas penggunaan beg plastik adalah sederhana, walaupun begitu sokongan terhadap caj 20 sen yang dikenakan meningkat pada aras yang agak baik. Namun kurang yakin terhadap pengurusan kutipan caj;
    3. Menerima baik penggantian beg plastik biasa kepada beg plastik biodegradable dan tidak menolak penggunaan beg kertas; dan
    4. Mempunyai kesedaran tinggi tentang impak bahaya beg plastik terhadap alam sekitar seperti tidak lupus dan pencemaran alam.

    Berdasarkan kajian kedua yang dijalankan, ianya adalah hasil inisiatif pegawai Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) Tahun 2022, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam yang bertajuk Pelaksanaan Kutipan Caj Beg Plastik di Negeri Selangor. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk:

    1. mendapatkan respons semasa pengguna mengenai usaha kempen Bebas Plastik terutamanya melalui pengenaan caj beg plastik sebanyak RM 0.20 di premis-premis perniagaan di Negeri Selangor;
    2. melihat penerimaan masyarakat mengenai Kempen Bebas Plastik sama ada pengguna mula membawa beg sendiri atau masih sanggup membayar caj beg plastik; dan
    3. mendapatkan pandangan dan cadangan masyarakat mengenai Kempen Bebas Plastik untuk penambahbaikan program.

    Program ini dilihat sangat penting bagi mencapai status Negeri Hijau seperti yang diaspirasikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Menerusi Pelan Hala Tuju Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030, yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan, ianya telah dijadikan rujukan oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan strategi pengurangan penggunaan plastik sekali guna. Kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak adalah sangat penting bagi memastikan amalan kelestarian diutamakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.