Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
104) APAKAH PROGRAM KETERJAMINAN MAKANAN DI SELANGOR SELAIN DARIPADA PADI?
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jenis makanan yang menjadi fokus dan dimanakah lokasinya?
Untuk makluman, Program Keterjaminan Makanan di Selangor antara salah satunya dilaksana menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER). Terdapat enam jenis makanan utama yang menjadi fokus iaitu ayam, telur ayam, daging, ikan, beras dan minyak masak. Sejak Ogos lalu, JER akan bergerak ke tiga lokasi sehari (di semua DUN di Negeri Selangor)
-
Bilakah program (a) di atas bermula dan apakah tahap pencapaiannya kini?
JER telah bermula sejak 6 September 2022 hingga kini. Untuk rekod, JER telah menjelajah ke semua 56 DUN dan jumlah keseluruhan lokasinya adalah 2,892 sejak mula dilaksanakan.