Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
99) SKIM LATIHAN PETANI MUDA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk latihan dan insentif kerajaan bagi melahirkan petani moden yang berkemahiran tinggi dalam pertanian sawah padi?
Bagi memastikan petani moden mendapat kemahiran yang tinggi, pihak Jabatan Pertanian dan IADA Barat Laut Selangor telah melaksanakan program-program Upskilling dan Hands-on antaranya:
- Farmers Field School (FFS) bagi tempoh 6 bulan dengan 15 modul;
- Kursus Teori dan hands-on jangka pendek sebanyak 116 kali kursus di semua kawasan khidmat yang telah dilaksanakan pada 2023 melibatkan Teknologi Mekanisasi dan Automasi, loT, dron dan Agronomi Tanaman;
- Pemerkasaan dan pematuhan Rice Check untuk memastikan potensi hasil yang lebih tinggi; dan
- Galakan pensijilan myGAP bagi menjamin pengeluaran produktiviti tanaman yang berkualiti dan selamat dimakan.
-
Apakah skim latihan dan insentif ini melibatkan syarikat swasta?
Buat masa ini, IADA Barat Laut Selangor dan Jabatan Pertanian juga berkolaberasi bersama pihak industri berkaitan dalam membangunkan “Service Provider” pembekal perkhidmatan melalui latihan dalam bidang penggunaan jentera dan dron.