Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
95) PROGRAM HIJRAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah bantuan kepada usahawan Hijrah sepanjang tahun 2023?
Sehingga bulan September 2023, bilangan usahawan Hijrah yang menerima bantuan adalah seramai 2860 orang dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM30,590,000.00.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkemaskan program bantuan usahawan pada tahun 2024 agar lebih berkesan?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Keusahawanan telah merancang untuk memperkemaskan program bantuan usahawan pada tahun 2024. Bagi tujuan tersebut, penubuhan Majlis Pembangunan Keusahawanan Mikro Kecil Sederhana Selangor (MARSHALL) telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 16/2023 bertarikh 16 & 17 Jun 2023 bertujuan untuk menyelaras program bantuan usahawan, merancang pembangunan usahawan secara sistematik dan komprehensif, seterusnya melahirkan usahawan yang berdaya tahan dan berdaya maju. Program-program keusahawanan di negeri Selangor akan diselaraskan dengan semua Pengerusi Jawatankuasa Tetap Negeri Selangor bagi tujuan penyelarasan dan cambahan idea.