Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

87) PELAN HALA TUJU STRATEGIK E-DAGANG (NESR)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor membantu golongan muda mengoptimumkan perdapatan e-dagang di luar bandar di Selangor?

    Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang (NESR) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai pendekatan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi digital dan ekosistem e-dagang di Malaysia.

    Objektif Pelan ini adalah:

    Untuk menggandakan kadar pertumbuhan eCommerce Malaysia melalui:

    1. Penyelarasan antara kementerian / agensi dan institusi bagi pelaksanaan pelan dan pemantauan;
    2. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pemain eCommerce untuk mengembangkan / mengembangkan perniagaan mereka; dan
    3. Memupuk dan mengembangkan pe,bekal teknologi perdagangan tempatan dan vendor dalam talian untuk dikenali dan berdaya saing di seluruh dunia.

     

    Bagi Negeri Selangor, kerajaan telah mewujudkan program-program bagi membantu ushawan-usahawan PMKS dalam membangunkan ekosistem e-dagang yang selaran dengan pelan hala tuju ini.

    Bagi golongan muda, Sidec telah menjalankan program Jelajah Ushawan Digital yang mana bertujuan memberikan pendedahan mengenai dunia digital, memberi khidmat bantuan dan dorongan kepada syarikat tempatan di Selangor yang ingin mula melibatkan diri dalam industri e-dagang kepada warga Selangor di daerah yang berlainan. Jelajah ini juga akan melibatkan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat, Agensi Kerajaan Negeri Selangor dan pemain industri digital di Malaysia.

    Jelajah Usahawan Digital Selangor menjelajah ke beberapa daerah sperti Gombak, Hulu Selangor, Petaling, Kuala Selangor dan Klang. Dengan membawa rakan kongsi daripada pemain industri seperti Shopee, Lazada, Touch ‘n Go e-Dompet, Hijrah Selangor, Epic Unicorn, TikTok Shop, Grab dan Sprii Commerce. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan lebih daripada 1000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda menyertainya.

    Selain daripada itu, program-program lain berkaitan e-dagang yang dijalankan juga seperti Selangor E-commerce Education program, Selangor  e-commerce Onboarding program telah dijalankan dan kebanyakan mereka yang menyertai adalah golongan muda.

  2. Apakah insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk peniaga e-dagang agar berada dalam Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang (NESR)?

    Seperti program-program yang disebutkan diatas, Pihak sidec telah melaksanakan program Selangor E-commerce Education yang mana program ini memberikan ilmu berkaitan e-dagang secara percuma kepada semua warga Selangor dan sepanjang program ini dijalankan daripada tahun 2015 hingga 2022, lebih daripada 10,000 peserta telah mengikuti program ini.

    Pada tahun 2023, program ini telah dijenamakan sebagai Selangor E-commerce Accelerator Program dimana program ini lebih focus kepada peniaga untuk mempelajari strategi perkembangan perniagaan khususnya secara digital dengan lebih mendalam melalui, kelas, Latihan dan sesi mentor yang mana diakhir program setiap peserta akan membentangkan setiap perniagaan mereka didepan juri bagi menilai setiap peserta tersebut.

    Pada tahun 2021 dan 2022, Program Selangor E-commerce Onboarding program telah dilaksanakan dimana program ini memberikan ekosistem yang lengkap kepada peniaga terpilih untuk mereka mengadaptasi perniagaan digital. Kerajaan Negeri melalui program ini memberikan subsidi kepada pembangunan laman e-dagang dan laman web lengkap dengan hosting dan payment gateway bagi memberikan peniaga meningkatkan jenama dan perniagaan mereka secara atas talian. Setiap tahun hanya 100 peniaga akan terpilih.

    Insentif-insentif lain juga telah diberikan pada 2021 semasa pandemic covid-19 seperti baucar e-tunai melalui program Selangor E-bazar dan Geran Padanan memalui program Geran padanan PKS Digital Selangor yang telah banyak membantu peniaga PKS dan Mikro untuk mengadaptasi elemen digital dalam perniagaan mereka disamping mengekalkan perniagaan mereka semasa musim covid 19.

Lampiran

Tiada Lampiran.