Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

85) PERUMAHAN BAHARU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah kawasan perumahan baharu di DUN Hulu Bernam? Terutama perumahan mampu milik.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pembangunan projek perumahan di Daerah Hulu Selangor. Sehingga 15 Oktober 2023, terdapat 24 projek dengan 5,718 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di kawasan Daerah Hulu Selangor. Daripada jumlah tersebut, 1 projek dengan 2,254 unit Rumah Selangorku telah diluluskan di kawasan Dun Hulu Bernam dan sedang dalam proses perancangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.