Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

61) KACAU GANGGU KEPADA JIRAN DISEBABKAN RUMAH KEDIAMAN DIJADIKAN SEBAGAI INAP DESA (HOMESTAY)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat garis panduan atau akta yang boleh diguna pakai bagi isu berkaitan?

    (Soalan (a) dan (b) dimohon untuk dijawab bersekali)

    Inap desa atau lebih dikenali sebagai homestay merupakan salah satu daripada produk pelancongan desa yang terdapat di Malaysia dan menjadi satu program yang sering mendapat perhatian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk dimajukan sebagai alternatif pelancongan berteraskan kebudayaan dan warisan selain mengalihkan pelancongan daripada tertumpu hanya kepada kawasan perbandaran. Walau bagaimanapun, kebanyakan pemilik rumah menyalahgunakan nama homestay apabila mempromosikan unit kediaman untuk dijadikan penginapan sementara dan bukannya untuk tujuan inap desa. Akibatnya berlakunya masalah kejiranan dan ketenteraman awam apabila terdapat aduan berkaitan bunyi bising, kesesakan parkir kenderaan dan ancaman keselamatan terhadap kawasan kejiranan.

    Pada masa ini, tiada akta yang khusus bagi aktiviti homestay kerana dikategorikan sebagai penginapan jangka pendek dan tidak menyalahi mana-mana peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 176) di mana premis kediaman dijadikan tempat menginap.

    Terdapat dua (2) jenis permohonan utama bagi tujuan pendaftaran dan pelesenan aktiviti homestay iaitu pendaftaran sebagai Premis Penginapan Pelancong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan permohonan Lesen Operasi Perniagaan Premis Penginapan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah di bawah Undang-Undang Kecil Hotel. Selain itu, operasi homestay adalah tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) daripada sudut kebersihan dan kacau ganggu.

  2. Apakah agensi yang kawal selia dan adakah agensi berkenaan mengeluarkan lesen?

  3. Apakah tindakan yang diambil keatas pengusaha Inap Desa yang melakukan aktiviti tanpa kebenaran ini?

    Pengusaha aktiviti homestay adalah terikat dengan undang-undang dan akta yang dikuatkuasakan oleh PBT. Walaupun tiada akta yang khusus berkaitan aktiviti homestay, pengusaha homestay boleh dikenakan tindakan undang-undang iaitu daripada aspek lesen perniagaan, pematuhan kepada aspek kawal selia dan operasi perniagaan serta wujudnya aktiviti kacau ganggu. Syarat pelesenan perlu dipatuhi dibawah Undang-Undang Kecil Hotel setiap PBT. Tindakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Hotel boleh diambil terhadap pengusaha yang menjalankan aktiviti tanpa lesen. Manakala, sekiranya terdapat aduan berkaitan kacau ganggu seperti bunyi bising atau isu kesesakan parkir, tindakan penguatkuasaan untuk kesalahan kacau ganggu akan diambil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Lampiran

Tiada Lampiran.