Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
57) TEBATAN BANJIR DI TAMAN SETIA KLANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah MPK akan mengaji untuk menangani masalah banjir kilat di Taman Setia, Klang?
Majlis Perbandaran Klang mempunyai cadangan untuk melantik perunding kejuruteraan bagi kajian dan rekabentuk terperinci cadangan tebatan banjir di Taman Setia dan sekitarnya. Cadangan tersebut telah disenarai bagi projek tahun 2024.