Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

54) MENAMBAH JUMLAH PUNGUTAN SAMPAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri boleh menimbangkan untuk menambah jumlah ke atas pungutan sampah dalam DUN Selat Klang daripada 1 kali sehari kepada 2 kali sehari memandangkan penambahan penduduk dan penambahan pembuangan sampah oleh penduduk-penduduk Selat Klang?

    Majlis Perbandaran Klang telah meneliti dan mengambil inisiatif bersama pihak KDEBWM serta mengambil tindakan bagi mengatasi masalah sampah di kawasan DUN di Selat Klang ini antaranya di kampung Sungai Udang dan Kampung Delek. Untuk perjanjian terbaru yang bermula pada 1 oktober 2023, pihak KDEBWM telah memecahkan Zon kutipan sedia ada dari 2 zon Kepada 3 zon yang lebih kecil bagi membolehkan proses kutipan dapat dijalankan dengan lebih effisien dan sempurna.

Lampiran

Tiada Lampiran.