Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
48) KEMUDAHAN PADANG AWAM/ SUKAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status baik pulih padang awam BT 14, Hulu Langat?
Untuk makluman pihak YB ADN, Kerja-kerja Membaikpulih Padang Bola Stadium Mini Batu 14, Hulu Langat adalah merupakan salah satu projek di bawah pelaksanaan Mailis Sukan Negeri Selangor (MSNS) sebagai agensi pelaksana. Projek yang berjumlah keseluruhan RM238,299.00 ini telah mula dilaksanakan pada 2 Mei 2023 dan dijangkakan selesai pada 1 Januari 2024.
Berdasarkan maklum balas yang telah diterima oleh MSNS, sehingga kini kerja-kerja penanaman rumput sedang dijalankan di padang tersebut. Secara keseluruhan, projek ini telah mencapai 65% siap. Walau bagaimanapun, terdapat kelewatan kemajuan kerja di tapak yang disebabkan oleh faktor cuaca yang kerap hujan dan isu kelewatan pembekal rumput yang tidak dapat membekalkan rumput mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
-
Mohon kerajaan menambah Pusat Sukan dan Taman Rekreasi di kawasan DUN Dusun Tua memandangkan kepadatan penduduk yang memerlukan kemudahan kawasan sukan dan rekreasi untuk beriadah.
Kawasan DUN Dusun Tua tidak mempunyai kawasan bertaraf Taman Rekreasi. Walaubagaimanapun, pihak Majlis sentiasa menaik taraf kawasan lapang dengan kemudahan taman, peralatan permainan dan peralatan sukan (outdoor gymnasium)