Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
37) RANCANGAN PEMBINAAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM DI BANDAR PUNCAK ALAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan tindakan dan garis masa untuk menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti balai bomba, balai polis, pusat kesihatan setempat dan lain-lain di Bandar Puncak Alam?
Untuk makluman, pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui PlanMalaysia dalam proses mewartakan kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (Pengubahan) (RSNS 2035 (Pengubahan)) yang mempunyai unjuran keperluan pembangunan kemudahan-kemudahan seperti Balai Bomba, Balai Polis, Pusat Kesihatan dan lain-lain kemudahan dalam Daerah Kuala Selangor. Dalam memperincikan RSNS 2035 (Pengubahan), pihak MPKS sedang dalam proses kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor yang telah mengenalpasti cadangan lokasi kemudahan bagi mencapai kesejahteraan sosial di kalangan penduduk di Puncak Alam (Blok Perancangan 6: Ijok)
Sehingga kini, MPKS telah mensyaratkan pemaju untuk menyediakan tapak kemudahan awam seperti berikut:-
Bil Kemudahan Unit Keluasan 1. Sekolah Rendah 6 41.68 ekar 2. Sekolah Rendah Agama 10 62.964 ekar 3. SJK C 1 5.53 ekar 4. Rizab Balai Polis 4 15.9 ekar 5. Rizab Balai Bomba 2 4 ekar 6. Rizab Klinik Kesihatan 5 18.41 ekar