Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

31) PROJEK TEBATAN BANJIR DI SUNGAI BULOH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status projek tebatan banjir di Sungai Buloh khususnya di kawasan Paya Jaras, Kubu Gajah dan Merbau Sempak?

    Lembangan Sungai Buloh terletak di tiga (3) daerah iaitu Daerah Gombak, Petaling dan Kuala Selangor. Sungai Buloh mempunyai keluasan tadahan kira-kira 336 km². Panjang Sungai Buloh adalah dianggarkan 40km dan mengalir ke Selat Melaka.

     

    Pembangunan yang pesat di sebahagian Daerah Gombak dan Petaling serta keadaan sungai sedia ada yang tidak mampu menampung jumlah air hujan yang tinggi menyebabkan berlakunya kejadian banjir di beberapa kawasan dalam Lembangan Sungai Buloh.

     

    Kejadian banjir di sebahagian Daerah Petaling dan Kuala Selangor adalah disebabkan limpahan air Sungai Buloh apabila hujan lebat terutama di kawasan Kg. Paya Jaras Hilir, Kg. Paya Jaras Dalam, Kg. Merbau Sempak dan Kg. Kubu Gajah di Daerah Petaling. Banjir menjadi bertambah teruk apabila hujan yang turun bertembung dengan air pasang besar menyebabkan air daripada sistem saliran dalaman tidak dapat keluar ke sungai terutama di beberapa kawasan di bahagian hilir sungai seperti Kg. Parit Mahang, Kg. Bukit Hijau, Kg. Bukit Cerakah dan Kg. Bukit Kuching di Daerah Kuala Selangor.

     

    Banjir di kawasan Daerah Kuala Selangor mengambil masa yang lama untuk surut disebabkan masalah pelepasan aliran air di sungai yang terhalang oleh aras air pasang laut. Banjir yang berlaku di kawasan Daerah Petaling pula kebanyakannya adalah merupakan banjir kilat.

     

    Bagi mengatasi masalah banjir di kawasan yang dinyatakan ini, maka satu (1) projek tebatan banjir iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buloh telah diluluskan pada tahun 2017.

     

    Penyelesaian menyeluruh bagi pelaksanaan kerja-kerja tebatan banjir di kedua-dua Daerah Petaling dan Kuala Selangor dianggarkan berjumlah RM456 juta. Walau bagaimanapun, peruntukan yang diluluskan bagi projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh oleh Kerajaan Persekutuan dalam RMKe-11 (Rolling Plan 2) adalah sebanyak RM50 juta. Justeru itu, dengan peruntukan yang terhad ini, penumpuan pelaksanaan adalah di kawasan downstream iaitu di Daerah Kuala Selangor yang melibatkan Pekan Ijok, Kg. Ijok, Kg. Harmoni, Kg. Parit Mahang, Kg. Bukit Hijau, Kg. Bukit Cerakah dan Kg. Bukit Kuching.

             

    Pelaksanaan kerja-kerja fizikal didahulukan di kawasan Daerah Kuala Selangor disebabkan beberapa faktor berikut iaitu:-

     

    • Banjir yang berlaku di kawasan Daerah Kuala Selangor mengambil masa yang lebih lama untuk surut berbanding banjir kilat yang berlaku di kawasan Daerah Petaling.
    • Banjir menjadi bertambah buruk apabila hujan yang turun bertembung dengan air pasang besar yang menyebabkan air daripada sistem saliran dalaman tidak dapat keluar ke sungai terutama di beberapa kawasan di bahagian hilir sungai.
    • Pelaksanaan skop kerja tebatan banjir berfasa mengutamakan kawasan hilir Sungai Buloh adalah dijangkakan akan dapat membantu melancarkan aliran air sungai dan seterusnya menurunkan paras air banjir kawasan tersebut.

     

    Pada tahap perlindungan 50 ARI, sejumlah 14,440 orang penduduk di kawasan projek dijangka akan dilindungi daripada banjir dengan jumlah keseluruhan mangsa banjir adalah 17,700 orang (anggaran kasar). Selain itu juga, seluas 10km persegi kawasan banjir akan diselamatkan daripada kejadian banjir dengan jumlah luas kawasan yang berisiko banjir adalah 15km persegi (anggaran keluasan dari reka bentuk Model RTB Sungai Buloh).

     

    Kemajuan Semasa

     

    Prestasi kemajuan sehingga 16 Oktober 2023 adalah 62% berbanding 57% jadual (melebihi jadual sebanyak 5%). JPS akan menjalankan pemantauan projek secara berterusan bagi memastikan projek ini dapat disiapkan pada 4 April 2024.

    Berikut adalah ringkasan kerja-kerja yang dilaksanakan:

     

    • Pembinaan 18km bund (tebing kiri dan kanan) setakat ini dapat disiapkan 58%, manakala bund di CH5800 ke atas masih dalam pelaksanaan.
    • Pemasangan empat (4) unit screw pump untuk dua (2) lokasi di BCXYZ dan Parit Gajah dijangkakan pada awal November ini, manakala empat (4) unit screw pump lagi jangka dipasang pada awal tahun hadapan.
    • Pembinaan tiga (3) compact sub telah siap dan satu (1) compact sub dalam pelaksanaan. Lawatan Pra-PIAT telah diadakan bersama wakil TNB pada 24 Oktober 2023 bagi proses penyambungan bekalan elektrik di dua (2) compact sub BCXYZ dan Parit Gajah.
    • Pembinaan outlet structure hanya satu (1) struktur sepenuhnya telah siap daripada lapan (8) struktur.
    • Pelaksanaan MLT bagi menguji keupayaan cerucuk bagi jambatan telah dilaksanakan. Pembinaan jambatan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
    • Pembinaan logboom dan screw down gate di Compartment D1 akan dimulakan setelah lantikan sub kontraktor selesai oleh Kontraktor Utama.

     

    Maklumat Projek RTB Sungai Buloh

    Pemilik : JPS Malaysia
    Pelaksana : JPS Negeri Selangor
    Harga Asal Kontrak : RM34,572,575.00
    Tarikh Mula : 02.11.2020
    Tarikh Siap Asal : 01.03.2024
    Lanjutan Masa : 04.04.2024
    LAD : RM6,327.00/hari
    Kontraktor : IDX Multi Resources Sdn. Bhd.
    Perunding : HLA Associates Sdn. Bhd.
    Peruntukan Tahun 2023 : RM5,762,800.00
    Perbelanjaan Tahun 2023 RM3,989,300.00
    Skop Kerja :       i.   Mendalamkan sungai dari CH1000 – CH10,000 (9km)

    ii.   Membina serta menaiktaraf ban (kanan ban: 18.12 km, kiri ban: 18.3 km)

    iii.   Membina kunci air (jenis Screw Down Gate)

    – 2 kunci air di Parit BCXYZ

    – 1 kunci air Ijok/Compartment D1

    iv.   Memasang pam termasuk kerja M&E (3 lokasi)

    v.   Membina kuarters kakitangan (1 buah)

    vi.   Membina jambatan (1 buah)

    vii.   Menaiktaraf outlet structure sedia ada (12 nos)

    viii.   Menaiktaraf log boom sedia ada (1 nos)

    Kemajuan Fizikal (16.10.2023) : Jadual: 57%, Sebenar: 62%

    Melebihi jadual 5%

    Kemajuan mengikut aktiviti CPM

     

     

    Aktiviti Jadual Sebenar
    Staff Quarters 75% 72%
    River Cleaning 100% 100%
    Bund 25% 58%
    Bridge 32% 21%
    Drainage-OS 37% 32%
    Compartment D1 100% 46%
    Log Boom 18% 1%
    Pump Sum 56% 46%
    Compact Sub 72% 71%

     

    Selain daripada Projek RTB Sungai Buloh, terdapat projek-projek dan kerja-kerja lain yang melibatkan kawasan Paya Jaras, Kubu Gajah dan Merbau Sempak yang dilaksanakan dan dipohon oleh JPS. Antaranya adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sungai Kedondong & Kerja-Kerja Berkaitan, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan 5,926,625.36 2.12.2015

    7.1.2022

    Siap
    2. Projek Tebatan Banjir Sg. Kedondong Fasa 2 8,000,000.00 Peringkat Kajian dan Reka Bentuk Terperinci

     

    Jangkaan Tender Pada Sukuan Pertama Tahun 2024

    3. Projek Menaiktaraf Sungai Subang dan Kerja-Kerja Berkaitan, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan 8,000,000.00 Dalam Proses Penilaian Tender

     

    Jangkaan SST Sukuan Pertama 2024

    4. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 2 760,000,000.00 Permohonan Projek Baru Peringkat Persekutuan

     

    Masih Menunggu Kelulusan

      Jumlah 781,926,625.36    

     

  2. Nyatakan tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir kini kerap berlaku?

    Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan masing-masing berjumlah RM23,221,405.15 dan RM34,572,575.00 kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor untuk mengatasi masalah banjir yang kini kerap berlaku. Antara projek dan kerja yang dilaksanakan adalah seperti jadual berikut.

     

    Selain daripada itu, JPS Negeri Selangor telah membuat permohonan projek baru iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh Fasa 2 dengan anggaran kos sebanyak RM760 juta kepada Kerajaan Persekutuan dan masih menunggu kelulusan.

      Peruntukan Pembangunan Negeri

    Bil. Tajuk

    Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Kerja-Kerja Menaiktaraf Sungai Kedondong dan Kerja-Kerja Berkaitan, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan 5,926,625.36

    2.12.2015

    7.1.2022

    Siap
    2. Projek Tebatan Banjir Sg. Kedondong Fasa 2 8,000,000.00

    Peringkat Kajian dan Reka Bentuk Terperinci

    Jangkaan Tender Pada Sukuan Pertama Tahun 2024

    3. Projek Menaiktaraf Sungai Subang dan Kerja-Kerja Berkaitan, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan 8,000,000.00

    Dalam Proses Penilaian Tender

    Jangkaan SST Sukuan Pertama 2024

    4. Kerja-Kerja Pengukuhan Tebing Sungai Nada dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Berhampiran Bandar Baru Sungai Buloh, Daerah Petaling 308,050.00 29.5.2023

    20.8.2023

     

    Siap
    5. Kerja-Kerja Pengukuhan Tebing Sungai Buloh dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Lorong Hj. Baie 2 Sungai Buloh, Daerah Petaling 84,204.00 3.7.2023

    20.8.2023

     

    Siap
    6. Kerja-Kerja Pengukuhan Tebing Sungai Hampar dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Kampung Baru Sungai Buloh, Daerah Petaling 299,510.34 25.9.2023

    17.12.2023

     

    Dalam Pelaksanaan

    Jadual: 95%

    Sebenar: 92%

    (sehingga

    27 Oktober 2023)

     

    7. Kerja-Kerja Pengukuhan Tebing Sungai Buloh dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Kampung Paya Jaras Hulu, Daerah Petaling 99,695.00 1.9.2023

    9.11.2023

     

    Dalam Pelaksanaan

    Jadual: 52%

    Sebenar: 50%

    (sehingga

    27 Oktober 2023)

    8. Kerja-Kerja Pengukuhan Tebing Sungai Buloh dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Kampung Paya Jaras, Daerah Petaling 99,920.00 9.10.2023

    3.12.2023

     

    Dalam Pelaksanaan

    Jadual: 95%

    Sebenar: 92%

    (sehingga

    27 Oktober 2023)

    9. Kerja-Kerja Penyelenggaraan Kolam Takungan Mesra Alam U5 Subang Bestari dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Daerah Petaling 403,400.45 16.6.2023

    5.10.2023

    Siap
    Jumlah 23,221,405.15

     

    Peruntukan Persekutuan

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh 34,572,575.00 2.11.2020

    1.3.2024

    Dalam Pelaksanaan

    Jadual: 57%, Sebenar: 62%

    (sehingga

    16 Oktober 2023)

      Jumlah 34,572,575.00    
  3. Apakah agensi yang bertanggungjawab menangani isu ini?

    Untuk makluman, terdapat tiga (3) agensi yang bertanggungjawab terhadap isu yang berlaku di Sungai Buloh. Agensi yang terlibat adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). JPS Negeri Selangor merupakan agensi yang bertanggungjawab menangani masalah banjir monsun di Negeri Selangor. PDT pula bertanggungjawab di atas sistem saliran di kawasan kampung manakala PBT bertanggungjawab terhadap sistem saliran di kawasan perumahan terancang.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.