Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

22) KELAYAKAN PEMOHON PROGRAM ILTIZAM ANAK SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional kerajaan membuka permohonan Program Iltizam Anak Selangor untuk anak kelahiran Selangor semata-mata dan bukan untuk pemastautin yang terdiri daripada sebahagian besar penduduk Selangor, sedangkan mereka menetap di Selangor lebih lama dari anak jati yang telah berhijrah keluar?

    Negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan ramai yang berhijrah dari tempat lain,dan pilih untuk menetap di sini. Kerajaan Negeri Selangor meraikan setiap mereka yang menyumbang kepada pembangunan negeri ini dengan konsep “hasil negeri untuk rakyat”.

     

    Sewaktu program ini mula dilaksanakan sasaran utama penerima adalah dibuka kepada 30,000 orang kanak-kanak yang lahir di Negeri Selangor bermula tahun 2022 dan salah seorang ibu atau bapa yang berkelayakan menjadi pendeposit akaun SSPN Prime anak mestilah merupakan pengundi di Negeri Selangor.

     

    Program ini diadakan bagi menggalakkan ibu bapa menabung untuk masa depan kanak-kanak,khasnya dalam aspek pendidikan mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.